Thursday, December 27, 2012

Ibu Stress Anak Tercicir?

Benarkah tekanan ketika hamil, akan menyebabkan punca anak alami masalah pembelajaran?

Peubahan hormon yang dialami oleh ibu mengandung boleh memberikan tekanan kepada ibu tersebut. Malah perkara ini telah dibuktikan melalui kajia-kajian ilmiah dan faktor tekanan tersebut antaranya berpunca daripada kuranya sokongan dari ahli keluarga terdekat, terutamanya suami atau ibubapa.

tekanan yang dialami boleh memberi kesan kepada emosi dan sahsiah anak yang dilahirkan, termasuklah anak yang telah dibangku persekolahan. Anak akan mudah merasa bimbang, gelisah, kurang daya tumpuan, panas baran, agresif dan berkemungkinan terlalu aktif.

Oleh itu, ibubapa dan ahli keluarga terdekat perlulah memberi perhatian, memantau dan mengawasi setiap perkembangan anak-anak sepanjang proses tumbesaranya, terutamanya dari segi memahami dan memenuhi keperluan emosinya. sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam mendidik anak-anaknya, Baginda sangat peka dengan perasaab dan emosi anak2, walaupon ada yang beranggapan ianya perkara yang remeh dalam beberapa perkara. Rasulullah sangat menjiwai hati anak2 kecil yang baru mengenali erti hidup.

Anak-anak tercicir perlu melalui proses pembelajaran dan bukan terus kepada hasil daripada pembelajaran yang dilaluinya. Proses pembelajaran akan membantu anak lebih yakin dengan keupayaan diri, contohnya, mendidik anak untuk makan sendiri, ibu bapa harus membantu anak tersebut menyelaraskan koordinasi antara tangan dan mata, sememangnya anak2 akan makan berterabur atau tumpah beberapa kali, tetapi itulah hakikat proses pembelajaran untuk mereka. Proses ini akan berlarutan sehinggalah dia berjaya menyuap dengan sempurna kedalam mulut.

Dalam mendidik anak2 untuk berdikari, ibubapa harus memberikan tunjuk ajar dan teladan yang baik yang sememangnya akan menjadi ikutan anak2. sebagai contohnya, ibu yang inginkan anaknya sentiasa mengemas barang permainan selepas bermain, ibu bapa haruslah menunjukkan cara mengemasnya dengan baik, lakukan bersama anak2 dan tunjukkan bahawa mengemas adalah satu kemestian tetapi menghiburkan, mengarahkan anak tanpa menunjukkan cara adalah bertentangan sama sekali.

Memberikan pendedahan kepada anak2 untuk melakar, menconteng, melukis dan seumpamanya merupakan suatu pendidikan manipilatif yang sebenarnya memberikan anak2 kemahiran mencapai, mengenggam, mencubit dan melepaskan objek. Kerjasama yang sebaiknya daripada keluarga terdekat dan sahabat handai serta institusi pendidikan yang dihadiri, boleh membantu anak2 yang tercicir melalui kehidupan berdikari mereka walaupun mengambil masa yang agak panjang dan lama berbanding anak2 yang normal. 

Oleh itu, ibubapa haruslah mengawal emosi dan tingkah laku, sejak dari mula mengandungkan anak sehinggalah mereka meniti proses pembesaran dan tumbesaran mereka kerana Ibubapa adalah nadi utama yang mencorak kehidupan anak. jatuh dan bangun mereka. Wallahualam.


Sumber : Bumirestu Creative
Olahan : Umiesaa Ali

No comments:

Post a Comment